Pos percuma untuk pesanan melebihi RM229
RM0.00 0
Cart

No products in the cart.

Kurta Bulan Bintang Paling Trendy 2023

Kurta Bulan Bintang 2023

Disaat kesibukan di bulan Ramadhan, pasti ramai yang bersiap sedia untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Ada yang mencari baju untuk dipakai beraya.

Sepertimana yang kita tahu, baju raya pada masa kini mempunyai pelbagai rekaan, corak, dan gaya yang berbeza setiap tahun.

Setiap orang mempunyai pilihan yang tersendiri. Ada yang suka pakai baju melayu tradisional, baju melayu modern, baju melayu teluk belanga, baju melayu cekak musang dan trend yang terkini, baju Kurta. 

Kurta ialah pakaian yang sering dipakai oleh orang Pakistan. Kini, kurta semakin popular di Malaysia di mana orang ramai sering memakainya untuk hari raya mahupun pakaian seharian. Ini kerana, Kurta lebih praktikal berbanding Baju Melayu dan sesuai untuk cuaca yang panas.

Kurta Bulan Bintang merupakan antara kurta yang mendapat sambutan terhangat sejak kali pertama ia dipasarkan. Bulan Bintang menyediakan 5 jenis kurta mengikut pilihan dan citarasa pengguna. Antaranya : 

Kurta A Bulan Bintang

Kurta Bulan Bintang

Kurta Bulan Bintang mempunyai jahitan yang sangat kemas dan teratur. Terdiri daripada saiz XS sehingga 5XL sesuai untuk semua bentuk badan! 

  • Kurta lengan panjang berkolar teluk belanga
  • Pengancing butang disediakan
  • Kurta diperbuat daripada campuran kapas yang sesuai untuk penampilan kasual dan pakaian harian
  • Poket disediakan di kedua-dua sisi kurta
  • Kurta ini didatangkan dalam 13 pilihan warna
  • Material: 100% Cotton

Kurta B Bulan Bintang

Kurta Bulan Bintang

Kurta Bulan Bintang bukan sahaja berkualiti, malah eksklusif dan trendy! Ia boleh digayakan seperti style baju Melayu Johor atau dikenali sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) style!

  • Kurta lengan panjang berkolar cekak musang
  • Butang hadapan
  • Kurta diperbuat daripada campuran kapas yang sesuai untuk penampilan kasual dan pakaian harian
  • Poket disediakan di kedua-dua sisi kurta
  • Kurta B ini didatangkan dalam 13 pilihan warna
  • Material: 100% Cotton

Kurta C Bulan Bintang

Kurta Bulan Bintang

Diperbuat daripada fabrik yang tidak terlalu nipis, tahan lama dan sesuai dipakai untuk pakaian harian. 

  • Kurta lengan panjang berkolar teluk belanga
  • Butang hadapan
  • Kurta diperbuat daripada campuran kapas yang sesuai untuk penampilan kasual dan pakaian harian
  • Poket disediakan di kedua-dua sisi Kurta
  • Kurta C ini didatangkan dengan 11 pilihan warna
  • Material: 100% Cotton

Kurta D Bulan Bintang

Kurta Bulan Bintang

Sangat moden dan sesuai untuk dipadankan dengan jeans atau slack sesuai untuk tema formal mahupun pakaian harian. Berbaloi kan?

  • Kurta lengan panjang berkolar cekak musang
  • Butang hadapan
  • Kurta diperbuat daripada campuran kapas yang sesuai untuk penampilan kasual dan pakaian harian
  • Poket disediakan di kedua-dua sisi Kurta
  • Kurta D terdapat dalam 10 pilihan warna
  • Material: 100% Cotton

Kurta E Bulan Bintang

Kurta Bulan Bintang

Bukan sahaja boleh dipakai pada hari raya, malah untuk pergi ke tarawikh dan wedding juga sesuai! 

  • Kurta lengan pendek berkolar cekak musang
  • Butang hadapan
  • Kurta diperbuat daripada campuran kapas yang sesuai untuk penampilan kasual dan pakaian harian
  • Poket disediakan di kedua-dua sisi Kurta
  • Kurta ini didatangkan dalam 10 warna
  • Material: 100% Cotton

Cara Pilih Kurta Sesuai Mengikut Tubuh Badan

Kurta Bulan Bintang

Pilih Yang Diperbuat Daripada Kapas

Apabila membeli kurta, sebaiknya kita memilih material yang diperbuat daripada kapas. 

Selain lembut, kapas juga menyerap peluh tanpa membuatkan kita terasa panas. Walaupun material yang diperbuat daripada kapas agak mahal, namun kurta tersebut didapati selesa dipakai di luar mahupun di dalam rumah! 

Semua kurta diperbuat daripada 100% material kapas untuk penampilan kasual dan pakaian harian

Ambil Warna Yang Ngam Dengan Diri Anda

Selain itu, pemilihan warna yang sesuai juga merupakan salah satu tips dalam memilih kurta yang sesuai mengikut bentuk badan anda. Sesetengah warna boleh membuat kulit kelihatan kusam. Oleh itu, pemilihan warna yang betul dapat meningkatkan keyakinan dalam diri.  

Lihat Bentuk Potongan Kurta

Untuk keselesaan maksimum, anda hendaklah menggunakan kurta yang bersesuaian dengan saiz bentuk badan. 

Jika anda memakai kurta yang tidak mengikut potongan yang sepatutnya, ia akan mengakibatkan si pemakai tidak boleh bergerak bebas. Oleh itu, bentuk potongan kurta adalah sangat penting untuk memastikan keselesaan seharian. 

Beli Di Tempat Yang Boleh Dipercayai

Cara nak dapatkan baju Kurta Muslim pada zaman kini sangat mudah. Anda boleh datang terus ke kedai pakaian muslim berdekatan, atau anda juga boleh membelinya secara dalam talian. 

Pastikan anda memilih tempat yang boleh dipercayai, berkualiti tinggi dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Anda boleh terus dapatkan kurta diatas talian di website.

Dah buat keputusan Kurta Bulan Bintang yang mana paling sesuai mengikut tubuh badan anda? Jom raya macam star! 

Kongsikan bersama kami Kurta Bulan Bintang mana satu menjadi pilihan hati! 

Terima kasih kerana membaca!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *